PANDUAN PUASA (INTERMITTENT FASTING) UNTUK TURUNKAN BERAT BADAN BERDASARKAN KAJIAN SAINS

Jika anda masih tercari-cari mana satu kaedah terbaik untuk turunkan berat badan dengan selamat, maka admin akan cadangkan Intermittent Fasting.

Intermittent Fasting atau Puasa ni sebenarnya merupakan kaedah paling popular dalam dunia Dieting & Fitness untuk bantu turunkan berat badan.

Apa yang di ajarkan oleh Rasulullah melalui sunnah beliau, ternyata sangat baik dan didapati memberikan kesan positif untuk kesihatan.

Banyak kajian membuktikan bahawa puasa membantu meningkat kekuatan pada badan, meningkatkan memori otak dan dapat membantu anda untuk hidup lebih lama (1, 2, 3)

Menarikkan?

Dalam blog kali ini, admin nak share tentang Panduan untuk memulakan Intermittent Fasting yang berkesan bagi menurunkan berat badan.

Apa itu Intermittent Fasting ni?

Intermittent Fasting ni maksudnya ialah amalan puasa yang mana perut dan usus kita berehat daripada makan dalam tempoh 14 – 16 jam.

Sebagai contoh kita sehari ada masa 24 jam, 8 jam kita gunakan untuk Makan, sedangkan baki 16 jam lagi kita berehat dari makan. 

Intermittent Fasting ni tak sama macam diet yang lain yang mana fokus kepada “APA” yang perlu anda makan.

…tetapi Intermittent Fasting fokus kepada “BILA” masa yang patut anda makan.

Cara Nak Buat Intermittent Fasting

Ada banyak kaedah yang boleh anda gunakan jika nak melakukan Intermittent Fasting ni.
 
Sekiranya anda Muslim, anda boleh melakukan puasa sunnah Isnin – Khamis atau puasa sunat Nabi Daud.
 
Tapi, bagaimana pula yang memang tak kuat untuk melakukan puasa sunnah tadi?
 
Ada 3 kaedah lain yang boleh anda gunakan untuk amalkan Intermittent Fasting ini:
  • Daily Intermittent Fasting (16/8): iaitu kaedah di mana dalam tempoh 24 jam, 16 jam anda gunakan untuk berpuasa, sedangkan 8 jam bakinya pula ialah masa anda untuk makan.
Sebagai contoh, jika hari ini ialah isnin dan anda makan malam pukul 8 PM, maka selepas makan tu anda berpuasa sehinggalah pukul 12 PM tengah hari esok, iaitu hari selasa.
 
… Jadi, pada hari selasa pukul 12 PM sampai 8 PM ialah masa untuk anda makan.
  • Weekly Intermittent Fasting (Eat-stop-eat): iaitu kaedah dimana anda tak makan selama tempoh 24 jam. Sebagai contoh anda makan malam hari ni maka malam esok hari baru anda dibenarkan untuk makan semula. Kaedah ini boleh anda buat 1 – 2 kali dalam semingg
  • Alternate Day Intermittent Fasting: iaitu kaedah dimana dalam 1 minggu, anda dibenarkan makan seperti biasa selama 4 hari, sedangkan baki 3 hari tu pula anda berpuasa dalam tempoh 24 jam.
Sekiranya anda amalkan salah satu kaedah ini, secara normalnya jumlah kalori yang anda makan dalam tempoh seminggu akan berkurang dibandingkan anda tak mengamalkan Intermittent Fasting ini.
 
Bila jumlah kalori anda berkurang, maka berat badan anda akan berkurangan juga.
 
Dari 3 kaedah di atas ni tadi, ramai yang mengamalkan kaedah 16/8 kerana ialah lebih mudah untuk di amalkan dan ianya juga paling popular.
 
Untuk anda yang baru nak mengamalkan Intermittent Fasting ini, seeloknya memulakan kaedah 16/8 seperti yang di sarankan oleh Dr. Siti Aniza Basir seperti di bawah ini.

Seperti kata Dr. Siti Aniza Basir, untuk pemula seeloknya memulakan kaedah daily intermitten fasting 12/12 (12 jam puasa / 12 jam berbuka).
 
Kemudian selepas anda sudah terbiasa, barulah di tingkat kan menjadi 14/10 (14 jam puasa / 10 jam berbuka) sehingga 16/8 (16 jam berpuasa / 8 jam berbuka).
 
Keberkesanan Intermittent Fasting
Banyak kajian yang telah dilakukan terhadap manusia dan haiwan untuk mengkaji keberkesanan Intermittent Fasting ini dalam menurunkan berat badan, meningkatkan fungsi otak dan membantu anda untuk hidup lebih lama.
 
Di bawah ini senarai manfaat dari pengamalan Intermittent Fasting:
  • Human Growth Hormone (HGH): Hormon ni berfungsi untuk membakar lemak dan meningkatkan kekuatan otot. Bila kita berpuasa, hormon ini akan meningkat sehingga 5X ganda dari biasanya! (4, 5, 6, 7).
  • Kesihatan Jantung: Intermittent Fasting dapat mengurangkan kadar kolesterol jahat (LDL), peradangan, menurunkan gula darah dan rintangan insulin – yang mana kesemua ini ialah faktor penyebab sakit jantung (1, 8, 9).
  • Mencegah Kanser: Kajian pernah di lakukan terhadap haiwan dan hasil daripada kajian tu mendapati Intermittent Fasting dapat mencegah kanser (10, 11, 12, 13).
    Bahkan, Intermittent Fasting dapat mengurangkan kesan negatif terhadap pesakit kemoterapi kanser (14).
  • Kesihatan Otak: Kajian membuktikan dengan melakukan Intermittent Fasting dapat meningkatkan hormon BDNF Otak dan mampu meningkat sel-sel saraf baru di dalam otak (15, 16, 17).
    Serta dapat melindungi dari penyakit Alzheimer iaitu salah satu penyakit nyanyuk yang melemahkan kewarasan, ingatan dan perubahan tingkah laku (18)
  • Hidup lebih lama: Kajian dilakukan terhadap tikus dan didapati tikus yang mengamalkan Intermittent Fasting 36-83% hidup lebih lama dibandingkan tikus yang tidak mengamalkannya. (19, 20)
 
Siapa yang tak sesuai untuk amalkan Intermittent Fasting?
Breakfast
Meskipun kaedah ini baik dan telah dibuktikan melalui kajian sains, tetapi kaedah ini bukan untuk semua orang.

Ada beberapa orang yang tak di galakkan untuk mengamalkan Intermittent Fasting, seperti:
  • Underweight (BMI < 18.5)
  • Wanita Hamil – anda perlu kan extra nutrien untuk bayi anda
  • Ibu yang menyusui anak – anda perlu kan extra nutrien untuk bayi anda
  • Remaja dibawah umur 18 tahun – anda perlu kan extra nutrien untuk membesar.
Sekiranya anda ada masalah seperti di bawah ini, maka dapatkan nasihat Doktor sebelum melakukan Intermittent Fasting:
  • Sekiranya anda mempunyai penyakit diabetes 1 dan 2
  • Sekiranya anda mengamalkan ubat-ubatan
  • Sekiranya anda ada gout atau asid urik tinggi
Petua yang anda boleh amalkan semasa melakukan Intermittan Fasting:
  • Jika lapar di pagi hari, anda boleh minum teh hijau atau kopi hitam untuk mengurangkan rasa lapar. Tapi ingat, jangan tambah gula pada minuman anda.
  • Minumlah air yang cukup dan sesuai dengan keperluan badan anda
  • Sabar dan konsisten ialah rahsia untuk kurus dengan mudah
  • Anda juga boleh amalkan supplement ini untuk hilangkan rasa lapar, berikan rasa kenyang dan tukar lemak menjadi tenaga dengan pantas.

Kesimpulan

Dalam blog ini admin dah kongsikan panduan bagaimana anda boleh turunkan berat badan dengan mudah dan selamat menggunakan kaedah Intermittant Fasting (puasa) ini.

Ada banyak manfaat jika mengamalkan Intermittant Fasting, iaitu dapat menurunkan berat badan, meningkatkan fungsi otak dan membantu anda untuk hidup lebih lama.

Untuk hilangkan rasa lapar yang melampau, kawal selera makan dan tukar lemak jadi tenaga semasa mengamalkan kaedah intermittan fasting, anda boleh gunakan supplement ini.

Semakin cepat dan konsistent anda mengamalkan puasa ini, semakin cepatlah anda dapat mencapai berat badan ideal anda.

Sekiranya blog ini bermanfaat, jangan lupa like dan share artikel ini kepada ramai orang yang memerlukan. Terima kasih !